[b][color=#0000ff]Aktiviti Eksplorasi:[br][/color][/b]Murid perlu mengeksplorasi bentuk geometri tiga dimensi bagi prisma, piramid, silinder dan kon dengan melaksanakan proses bentangan bagi setiap objek.
[b][color=#0000ff]Aktiviti Kolaborasi[br][/color][/b][i]Murid perlu bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing untuk menjawab soalan-soalan berikut untuk membina hubungan Matematik yang telah diperolehi melalui eksplorasi di atas.[/i]
Apakah bentuk-bentuk objek 2 dimensi yang diperlukan untuk membentuk bentangan:[br]i. Silinder?[br]ii. Kon?
Apakah bentuk yang terdapat dalam bentangan:[br]i. Prisma dengan tapak segiempat sama?[br]ii. Piramid dengan tapak segiempat sama?
Apakah yang anda dapat rumuskan jika kita ingin mencari luas permukaan sebuah geometri 3 dimensi?